Tuesday, April 17, 2012

Paramitha Setya Wulandary!

finally!
after 2-3 kali try melawan error akhirnya dapat juga login.

ok.ok.

this entry special for my new-long-distance friend,

Paramitha Setya Wulandary a.k.a mitha

-bila pulak budak ni pandai kawan dengan orang jauh-jauh ni?
-jauh sangat ke?
-siapa lah orang yang sanggup kawan dengan budak ni?

kepada soalan-soalan diatas, sampai hati korang mengajukan soalan sebegitu tau!

tapi takpe, saya jawab jugak dengan teruja.

-bila pulak budak ni pandai kawan dengan orang jauh-jauh ni?
jawapan : suka hati la nak kawan yang sapa pun. bukan susahpun nak jadi kawan. cakap hi, dah jadi kawan. awat? tak boleh kawan dengan orang jauh ke? suka hati lah. nak jugak kawan dengan Mitha.huh!

-jauh sangat ke?
jawapan : Ya! saya kena beli ticket flight kalau nak jumpa beliau. kalau naik basikal memang tak sampai la ke Jakarta sana. apa ra! tapi jauh di mata dekat dihati ( ayat iklan sekejap ) skype kan ada :D

-siapa lah orang yang sanggup kawan dengan budak ni?
jawapan : haa! ni yang excited ni! beliau kawan saya yang merupakan seorang makeup artist. kelas kan kawan saya! hahaha. beliau sangat cantik dan sangat pandai makeup kan orang@diri sendiri. tak caya? try tengok ni comfirm korang ternganga habis!





grand bangat kan?!
btw, meh nak promote sikit meh.

siapa yang nak khidmat makeup dari beliau.

yela, mana yang nak try makeup stail baru dibawa khas dari Indonesia
boleh lah try!

so, sebarang pertanyaan sila jangan contact saya tapi trus je dengan beliau.hehe

Paramitha_sw@yahoo.com

First time

First time try post entry guna phone..hehe..just an ordinary entry about my day..tweeting with my lovely sista n new friend,mitha..

Tuesday, April 3, 2012

kahwin jom!

bila anda ajak saya kahwin tahun depan.

secara ikhlasnya saya mahu. <------gatal -.-"
wait!
no, bukan gatal.
saya cuba memandang bintang ( saya berpendapat memandang langit dan bintang mampu memberi ketenangan yang mutlak )
cuba berfikir secara rasional.

untuk saya, kamu lelaki terbaik.
saya mahu jadi penyempurna rusuk kamu
kita bukan sahaja bercinta
tapi cuba selesakan diri untuk satu sama lain
memandang ke depan dan merancang hidup
menerima kelemahan dan meraikan kelebihan
terus-terang
saya mahu kamu
yang jadi peneman hari
saya bayangkan
bersila di atas sofa dengan minuman panas
bermalasan di bawah pekat malam
bercanda bersama
secara halal
saya mahu kamu
secara halalnya

siapa yang mahu tolak bercinta secara halal?

kan lebih indah.
jadi

bila kamu tanya
"kita kahwin tahun depan jom"

saya jawab
"yeah, thanks dan saya mahu!"

cuma

lebih indah hidup bersama secara halal
dan punyai hidup stabil

kita stabilkan hidup kita dahulu ya sayang?


*abaikan jika anda tak faham.

Thursday, March 29, 2012

hati tika malam

merenung pekat malam dan
memohon kau berada dalam mimpi
buat aku bahagia walau tiada kau disisi
buat aku bahagia sementara menanti pagi

Wednesday, March 28, 2012

romantika rock n roll

aku bukan perempuan ayu
bersuara lembut
bersopan tiap langkah
merenung manja ke arah matamu

kekadang terlentok lena
walau tika kau tekun bercerita
kekadang tertawa hilai
waktu semua diam membisu

aku jauh dari rajin
beribu batu jauhnya
memandang sunyi pada mesra
menolak untuk manja

kekadang kau aku tinggal
tidak berkhabar hingga sepurnama
kekadang menyapa secara ringkas
sebelum kau aku tinggal lagi

tapi ada satu yang tetap
hingga mati aku harap
ianya hanya untuk kau
bila masa aku paling dan memanggil kau

sayang.

sumpah annoying!

wah!

tetiba post link dream high 2.

gila banyak masa kau ron!

tak, masa tak banyak tapi aku tak leh tido. suma pasal tido petang tadi. class cancel main sentap jiwa la kan. mana yang mnat drama dream high 2 ni jgn nak berharap sangat la aku nak post sampai ep 16 eh.*aku dah tengok habis.hahaha*

jap..jap..entry ni bukan untuk kata-kata di atas. objektif entry ini untuk mengomel pasal diri sendiri.

dalam masa 1 bulan badan naik 5 kg. terima kasih ke atas tindakan kurang bijak diri sendiri. makan lagi yang bukan-bukan. pil haram kejadah terus boost up badan. muka dah macam bola sepak raga dah aku tengok. paling sentap bila tarik baju semua tak muat.

sumpah annoying!

untuk hilangkan 10 kg bagi mencapai berat badan ideal merupakan sesuatu yang melukakan jiwa. pergi jogging pun tak larat nak habiskan 1 round. berjalan lebih. balik sambung makan balik. hash.

ok..ok..bahu lenguh. buat aku hilang semangat.okbai!

Dream High 2 Ep 2 ( Eng Sub )


This Drama will deal with new students instead of the first batch student and follows idol stars who are about to have nervous breakdowns and troubled students from Kirin High School of Art.

Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4

*After clicking a link, please just wait for 5 seconds then press the SKIP-AD on the top-right page.